Menjadi Seorang Guru dalam Abad Yang Baru

Seorang kaunselor yang terkenal yang bernama Encik Lu Su Wei dari Taiwan telah memberi satu ceramah yang bertajuk "Menjadi Seorang Guru dalam Abad Yang Baru" kepada sekumpulan guru di Kuching baru-baru ini (25.7.97).

Tercatat di bawah ialah isi-isi penting dalam ucapannya:

1) Apa yang dipelajari para guru dalam abad yang ke-20 tidak mencukupi untuk para murid menampung keperluan abad yang ke-21.

2) Keupayaan seseorang murid bukan hanya didapati dari sekolah sahaja bahkan juga diperolehi dari sumber-sumber lain. Kemahiran seseorang murid adalah penting dalam abad baru. Jika dia mempunyai sesuatu kemahiran yang tertentu, tentulah dia dapat menghadapi cabaran pada masa yang akan datang.

3) Seorang murid yang tidak memahami sesuatu bukanlah perkara yang terpenting sekali; manakala apa yang dia boleh menguasai adalah lebih penting.

4) Selalu memberi perangsang, pujian dan kasih sayang kepada para murid supaya potensinya yang tersemai dapat dicungkil.

5) Guru yang mahir bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid bahkan patut mengajar mereka tentang teknik dan strategi menerima ilmu.



Serial No. 4/97