Enrolment of Year One pupils for 2003

 

All Malaysian parents (especially the teachers in Sarawak) are informed that the enrolment of Year One pupils in 2003 will begin from 16th March until 15th June 2002.

 The following matters should be noted:

    1. All Malaysian children born on 2.1.1996 until 1.1.1997 can be registered at any nearby primary schools.
    2. The birth certificates of the qualified children must be brought along. Some schools in towns might request the water or electricity bills of the current month to be attached.
    3. Should there be any late registration after 31st June 2002, their application forms must be directed to the Divisional Education Office concerned for approval.

 


(Translation in Chinese - GB Code)

2003年度 一年级招生通告


		2003年一年级新生报名将从2002 年3月16日起至6月15日止。 
	凡是有子女在2.1.96至1.1.97 出生者,可在办公时间内携带贵子
	女的出生证及副本,(最新的自来水或电单),前往附近各小学替
	贵子女报名注册。若是在截止日期(15.6.2002)过后尚未报名者,
	则须直接向有关省教育厅报名。


(The text below is Bahasa Malaysia.)

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU TAHUN 2003

 

Pendaftaran kanak-kanak warganegara Malaysia untuk memasuki kelas Tahun Satu bagi sesi persekolahan mulai 1 Januari 2003 adalah dibuka mulai 16 Mac hingga 15 Jun 2002.

 Perkara-perkara berikut mesti diperhatikan:

2.1     Kanak-kanak yang dilahir pada 2.1.96 HINGGA 1.1.97 sahaja yang boleh mendaftar.

2.2     Semua urusan pendaftaran hendaklah dijalankan oleh Guru Besar dengan 
	berpandukan serta mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS/PSR)8502/15/002(7) 
	bertarikh 5 November 1997 dan surat Pekeliling Iktisas Bil. 10/1998 berujukan KP(BS)9591/Jld.
	XIV/(10) bertarikh 7 Mei 1998 berkaitan syarat Had Umur Belajar di sekolah. Dengan hal yang 
	demikian, Guru Besar diminta berikhtiar untuk memaklumkan dan mendorong para ibubapa dari 
	kawasan/kampung yang berhampiran supaya mendaftar anak-anak mereka yang cukup umur untuk 
	memasuki Tahun Satu. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kes pendaftaran lewat yang 
	setiap tahun menimbulkan kesulitan kepada semua pihak.
	

2.3 Semua senarai yang didaftar oleh pihak sekolah (bersama dengan keterangan peribadi yang berkaitan) hendaklah dihantar untuk diterima oleh Pegawai Pendidikan Bahagian berkenaan pada atau sebelum 15 Jun 2002.

2.4     Penetapan tarikh pendaftaran seperti dalam para 2.3 di atas adalah bagi tujuan perancangan kelas, guru dan pengurusan pendidikan pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut masih boleh diproses dan permohonan yang demikian hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian berkenaan dengan seberapa segera yang boleh untuk urusan penempatan.

2.5     Bagi kanak-kanak yang lanjut umur (lahir sebelum tarikh di para 2.1), permohonan yang sedemikian diklasifikan sebagai permohonan yang lewat ke Sekolah Rendah. Untuk tujuan tersebut ibu bapa/penjaga hendaklah menulis surat permohonan kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dengan mengepilkan sekali salinan sijil lahir kanak- kanak dan salinan kad pengenalan bapa atau kad pengenalan ibu. Setelah dilulus, Guru Besar hendaklah memastikan kanak-kanak berkenaan ditempatkan ke peringkat yang sesuai mengikut had umur masing-masing.


Click one of these to change Background Color:

Back to STU Main Page