Below is a circular letter (from Director General of Education Malaysia) addressed to all Directors of Education of all the states in Malaysia:
The main contents of the letter is to inform all the Education Departments, Offices and all the schools about the steps which must be carried out in order to help the government decrease expenses in view of the present economy crisis of the nation.

( Remark by: K.C.CHAI )

Datuk Matnor Daim
( DATUK MATNOR DAIM )
Director General of Education Malaysia

Cadangan Penjimatan Untuk Diamalkan Di Sekolah-Sekolah

....... Di antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang perlu dilaksanakan segera adalah seperti yang dinyatakan:

	2.1	Kursus/Seminar/Mesyuarat/Majlis-Majlis Rasmi

i) Adakan kursus-kursus yang benar-benar perlu sahaja.

ii) Bilangan peserta kursus hendaklah seboleh mungkin dikurangkan.

iii) Kurusu yang diadakan hendaklah dirancang dengan mengambilkira kos dan keberkesannya terlebih dahulu.

iv) Kursus/Seminar/Mesyuarat/Majlis Rasmi hendaklah diadakan di bangunan- bangunan kerajaan/badan-badan berkanun.

v) Penceramah yang dijemput untuk tujuan kursus/seminar/majlis rasmi hendaklah dari agensi-agensi kerajaan sahaja.

vi) Tidak menyediakan cenderamata yang mahal untuk VIP yang terlibat.

vii) Hiasan untuk majlis-majlis yang diadakan hendaklah dikurangkan.

2.3 Penggunaan Bekalan Air dan Elektrik

i) Elakkan pembaziran air dengan memastikan semua paip air ditutup jika tidak digunakan dan jika terdapat kebocoran atau kerosakan, penyenggaraannya hendaklah disegerakan.

ii) Kedua-dua muka surat kertas hendaklah digunakan apabila dicetak.

iii) Font (askara) bagi tulisan berkomputer hendaklah dikecilkan di mana yang sesuai.

iv) Bilangan salinan fotostat tidak berlebihan daripada yang diperlukan.

2.4 Penggunaan Telefon dan Faks

i) Telefon dan mesin faks digunakan untuk tujuan segera dan rasmi sahaja.

ii) Ringkaskan perbualan atau pesanan sekiranya menggunakan telefon.

2.5 Perjalanan Rasmi

i) Hendaklah dilaksanakan bagi urusan yang benar-benar perlu sahaja.

ii) Mengambilkira bilangan pegawai atau peserta yang perlu melakukan perjalanan.

iii) Melaksanakan beberapa urusan dalam satu perjalanan dan seboleh mungkin pastikan perkongsian kenderaan diamalkan.

2.6 Pembelian Barang Tempatan

Pastikan pembelian atau perolehan barangan import tidak dilakukan.

3. Adalah diharapkan Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dan juga kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah dan Bahagian serta Pengetua dan Guru Besar di negeri Y. Bhg. Datuk/Dato' /Datin /Tuan/Puan. Di samping itu pihak Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah juga diminta mengambil apa jua langkah yang difikirkan sesuai yang dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan walaupun tidak termasuk di dalam surat siaran ini. ......

Signed by:	( DATUK MATNOR DAIM )
		Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Tarikh:		Januari 1998


Main